Sunday, November 28, 2010

5 Cara Buat Duit Dengan Blog PDF Print E-mail
Written by Administrator  (RahsiaEbiz) 
Wednesday, 28 March 2007
Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :
  1. Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda. Boleh juga jadi publisher bagi Click2sell , LinkWorth maupun social network yang muncul sebagai pesaing baru Facebook iaitu PeopleString Network yang akan memberi kita komisen dengan setiap referal.
  2. Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding anda.
  3. Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti Klikjer.Com , MasKahwin.Com , IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.
  4. Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah sepertimana iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari. 
  5. Jual produk sendiri.. cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.
Tips-tips di atas dapat memberi panduan ringkas kepada mereka yang mahu buat duit dengan blog lebih mudah. Sememangnya kalo nak wat duit kenelah usaha yang dahsyat dan tidak malas belajar perkara baru. Terdapat pelbagai cara buat duit dengan blog asalkan kita teruskan belajar dan explore peluang-peluang di internet dengan lebih mendalam... All da best and good luck..

Saturday, November 27, 2010

5 Prinsip Asas dalam Bisnes Online
   
Sunday, 28 November 2010

Tahun 2010 merupakan tahun yang amat pesat perkembangan Internet Marketing (IM) di Malaysia. Kemunculan banyak newbie yang hebat dan berjaya mengatasi otai² lama dalam IM yang sebelum ini menjadi ikon besar. Saya melihat ini satu perkembangan positif rakyat Malaysia mula memanfaatkan Internet sebagai wadah bisnes bagi menjana pendapatan sampingan. Bisnes online ini bukan lagi eksklusif untuk mereka yang pakar komputer, malah ia sudah boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja termasuk di kalangan pelajar sekolah.
 
Walau bagaimanapun bagi mereka yang baru pertama kali berjinak-jinak dalam bisnes online ini perlu memahami beberapa prinsip asas yang wajib ada dalam diri masing-masing. Ini penting supaya kita tidak tersalah langkah dan akhirnya merugikan diri sendiri. 5 prinsip asas tersebut saya ringkaskan seperti di bawah :

1. Mempunyai mindset yang betul tentang perniagaan
Kesilapan yang paling ketara apabila newbie mula terjun dalam bisnes online ialah mahu cepat dapat duit lumayan dengan mudah. Ya, ramai yang teruja nak buat duit mudah dengan Internet. Seumpama mudah mcm A.B.C dalam sekelip mata boleh jadi jutawan. Ini sebenarnya mitos sahaja. 

Jika Dr Irfan Khairi memulakan mindset Jutawan Internet pada umur 18 tahun dan berjaya mencapai pada umur 25 tahun. Sehingga sekarang masih kekal sebagai brand terkenal Jutawan Internet Malaysia dengan caranya tersendiri. Sehubungan itu, kita memerlukan disiplin yang tinggi jika mahu berjaya sebagai usahawan internet. Mindset yang betul ini perlu dibina terlebih dahulu asasnya. Ia perlukan kerja keras, perancangan perniagaan yang sebenar memerlukan semangat yang tulen. Barulah jadi usahawan internet yang sejati.

2. Usah bekerja bersendirian
Bisnes online bukan bermakna anda bekerja bersendirian semata-mata. Sebenarnya ia memerlukan kreativiti dan inovasi dalam selok belok perniagaan internet ini. Ada masanya kita bertapa kerja teknikal web, ada masanya pula kita socialize untuk viral marketing di dalam facebook, myspace, youtube, digg, ym, skype etc. Walau bagaimanapun newbie sememangnya memerlukan mentor atau internet guru yang dapat membimbing dengan baik. Saya sendiri mempunyai banyak mentor sama ada online atau offline. Lagi banyak mentor lagi bagus.. Kita belajar untuk jadi lebih baik dalam apa jua aspek sekalipun.

Mentor yang baik akan menjadikan kita seorang usahawan internet yang tulen. Apa jua masalah boleh minta pandangan dan sesi personal coaching yang lebih teliti. Terus terang mentor saya Dr Irfan Khairi, beliau adalah role model dalam bisnes online saya selama ini. Manakala Mike Filsaime dan John Reese juga antara mentor Internet Marketing yang hebat dan wajar dipelajari teknik mereka.

Selain daripada mentor, kita perlu 'outsource' memana part kerja seperti design, programming, marketing atau lain-lain supaya kita boleh focus pada kerja R&D product/services. Terpulang pada kreativiti dan bajet kita yang mana kita boleh maksimumkan leverage outsource ini. Jika tidak mampu outsource, kita boleh 'JV' atau jalinkan kerjasama dengan memana pihak yang mempunyai kepakaran atau resources. Pada tahun 2000 dulu saya cumalah seorang designer biasa yang baru belajar di 1st year UM dan tiada modal untuk beli domain atau hosting sendiri yang pada waktu itu masih mahal harganya berbanding sekarang. 

Walau bagaimanapun saya jalinkan kerjasama dengan mentor saya yang masa itu juga seorang web hosting provider dan juga pakar e-marketing. Saya tidak lagi bekerja sendirian sebaliknya menjadikan JV ini satu batu loncatan untuk berkembang jauh dalam arena bisnes online. Ia merupakan satu leverage yang mana saya membantu mentor dalam menyiapkan projek web development dan mendapat pelbagai kemudahan termasuk web hosting percuma dan training percuma.

3. Usah kedekut dalam pelaburan ilmu keusahawanan internet
Sekiranya saudara ada simpanan RM100 eloklah invest dalam pelaburan ilmu keusahawanan bagi meningkatkan kualiti dan reputasi sebagai usahawan internet yang berdaya saing. Saya dulu pernah invest RM20,000 dalam perniagaan produk fizikal dan keuntungannya tidaklah sebesar bisnes online yang hanya modalnya kecil namun pulangannya lumayan.

Saya telah invest RM300 dalam pelaburan ilmu produk digital ebook dan mendapat pulangan berlipatganda daripada modal asal. Dari seorang yang tidak tahu apa-apa tentang produk digital kini sudah mempunyai 5 jenis ebook hasil karya saya sendiri yang mana beribu orang sudah mendapatkannya. Reputasi dan brand Rahsiaebiz.Com sudah ramai orang tahu hasil daripada viral marketing melalui ebook² penulisan saya.
Sehubungan itu, ilmu adalah teramat penting sebagai aset seseorang usahawan internet. Bisnes online cepat berubah dan kita wajar manfaatkannya sebaik mungkin. Di web Rahsiaebiz saya sudah sediakan banyak ilmu-ilmu asas terutamanya dalam Tip Ebiz, Blog, Marketing, SEO dan Web Development. Lagi cepat kita menguasai sesuatu ilmu, lagi cepatlah kita dapat menghasilkan pulangannya. Ini semua memerlukan pelaburan yang spttnya direbut dengan apa jua cara sekalipun. ~ Knowledge is Power , Sir Francis Bacon

4. Minimumkan kerugian, maksimumkan keuntungan
Prinsip keempat ini juga merupakan intipati sebenar dalam arena bisnes online. Dengan kuasa Internet sebagai leverage yang mampu menjimatkan kos masa, tenaga dan wang. Berbanding dengan perniagaan fizikal yang memerlukan premis namun bisnes online tidak perlu dan boleh jimat kos wang ringgit jauh lebih besar. Dalam masa yang sama kita menjimatkan masa untuk ke kedai atau office sebaliknya focus pada sales & marketing secara online. 

Kita meminimumkan kos, dalam masa yang sama meningkatkan kadar keuntungan dengan bisnes online ini boleh dilakukan tidak kira di mana jua sama ada di rumah mahupun tengah berkelah di tepi pantai. Selagi ada connection Internet kita boleh lihat sales masuk dan lihat duit dalam akaun bank secara live. 

Strategi meminimumkan kos ini menjadi pilihan saya, di saat orang invest duit yang besar dalam aspek marketing secara konvensional melalui media akhbar cetak dan sebagainya, namun saya menggunakan kaedah E-Marketing yg jauh lebih murah dan lebih besar impaknya. 

Begitu juga penggunaan Email, Yahoo Messenger (YM), Skype, Facebook, Myspace dan lain-lain dapat menjimatkan kos komunikasi telefon. Kebanyakan pelanggan saya lebih selesa berurusan dengan email dan YM dalam urusan jual beli produk dan servis.

Di samping itu dalam meminimumkan kos kita boleh guna blogspot atau weebly sebagai platform awal bisnes online. Manakala segala resources graphic, software, music, movie boleh dapat semuanya tidak lama lagi di lubukrahsia.com berbanding di tempat lain yang sudah tentu amat mahal harganya. Kelebihan ini menyebabkan kos operasi bisnes kita menjadi lebih menjimatkan dan hasilnya tinggi. Inilah kehebatan Internet yang telah menjadi lubuk duit. Kita perlu start sekarang dan mula cari jalan penjimatan yang cukup eksklusif ini.

5. Sentiasa buat yang terbaik, kualiti yang terbaik
Ok prinsip asas yang ke 5 ini saya gariskan sebagai satu bentuk 'benchmark' untuk survival bisnes online anda. Dalam mana-mana bisnes sekalipun yang penting adalah 'value' atau nilai terbaik, positif dan merujuk kepada kualiti. Jika produk atau servis anda mempunyai value dan dihargai pelanggan maka ia sudah cukup membuktikan bisnes online kita yang terbaik dan berkualiti. Bila pelanggan puas hati dan reputasi nama bisnes online kita meningkat maka ia sudah jadi satu intangible profits yang baik untuk jangka masa panjang.
Kita buat bisnes online bukan sekadar setahun dua, kita perlu fikir jauh dari itu. Bisnes online biarlah sampai mempunyai empayar besar yang sepenuhnya autopilot. Biar income mencurah masuk secara automatic tanpa henti. 3 tahun pertama bisnes online adalah proses asas pengukuhan, tahun keempat dan kelima proses transformasi pengembangan. Seterusnya adalah sebuah empayar online yang gah dan orang akan kenali brandname kita tidak kira di mana jua sebagai salah satu jenama yang berkualiti dan hebat.

Untuk mencapai taraf ini, kene mula bekerja keras untuk mencipta jenama yang diyakini dan berkualiti. Sebagai contoh saya membina web rahsiaebiz.com ini sudah nak masuk tahun keempat, ramai yang mengenali saya sebagai Internet Marketer sedangkan pada asalnya saya bermula dengan niche graphic. Brandname Rahsiaebiz.Com ini menjadi fenomena sebagai tempat rujukan pemasaran internet maupun bisnes online. Di samping saya mengembangkan niche graphic dan web development di dunia realiti, saya juga menambah network yang berkualiti untuk proses pengembangan. Kita menyedia produk dan servis yang terbaik untuk pelanggan, seringkali overdeliver dan menjadikan kita sebagai 'asset' yang bermakna pada pelanggan. Kualiti satisfaction itu menjadi satu bentuk value dan kita wajar bina value itu sekarang semasa di awal proses pengukuhan 3 tahun pertama bisnes online.

Oklah, cukup 5 point secara umum saya sentuh. Ada banyak lagi detail sebenarnya dan memandangkan masa agak terhad saya hurai secara umum dahulu dan akan sambung di masa akan datang. Apapun 5 prinsip asas bisnes online ini relevan sampai bila-bila, mentor saya sudah mengajarkan semua ini 3 tahun dulu dan saya boleh tambah memana-mana part ikut pengalaman. Mungkin jika saudara ada pengalaman boleh share bersama. Kita cambahkan pengetahuan yang bermanfaat untuk semua.

SHARING is CARING ! (Rahsia Ebiz copyright)
 
Kepentingan Marketing & Advertising !
  
Sunday, 28 November 2010

Marketing ibarat oksigen bagi business...
Saya sering menyentuh soal peri pentingnya marketing dalam bisnes semasa dalam update status facebook maupun twitter. Marketing ni bukan sekadar main-main iklan sahaja, ia jauh dari itu. Semasa dalam class marketing 101 di universiti malaya dulu saya diajarkan asas 4P. Apa itu 4P ? bagi mereka yang belum tahu leh tanya pakcik Google. hehe.. oklah secara ringkasnya lecturer saya menerangkan marketing ini mempunyai 4 elemen P iaitu combination of product, price, place (distribution), and promotion.

Product adalah merujuk pada 'solution' kepada masalah pengguna. Misalnya dalam memudahkan kerja mengarang, menulis dan mengedit kertas kerja boleh menggunakan software Ms Office Word atau Open Office. Atau menjimatkan masa designer merekabentuk grafik boleh menggunakan software Adobe Photoshop atau GIMP. Solution adalah product yang kita sediakan utk pembeli atau user. Ia menyelesaikan masalah dan membantu mereka dengan efisien. Make sure product yang kita sediakan itu mampu membantu dan menjadi solution menyeluruh supaya ia dapat kekal lama dalam pasaran. Sebagai contoh produk informasi digital macam ebook berkaitan teknik² melangsingkan badan dengan diet semulajadi dalam masa 40 hari disasarkan kepada mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Ia cukup baik kerana ia menyediakan solution yang praktikal. Ia mempunyai pasaran yang strategik di Malaysia.

Price merujuk kepada harga product kita. Adakah ia competitive ? adakah ia mahal atau murah ? Adakah harga itu bisa menembusi pasaran awal ? Soal perletakan harga perlu realistik berbanding tawaran produk pesaing yang wujud di dalam pasaran.

Place merujuk kepada tempat pengedaran product kita terus kepada pengguna. Adakah ia mudah diperolehi ? secara byhand atau delivery maupun walk in sahaja. Jika mahu sebarluaskan place ini kita perlu sediakan access yang mudah untuk pembeli mendapatkannya. Melantik pengedar maupun agen affiliate serta memvariasikan tempat dan cara pengedaran produk dengan lebih fleksibel.

Promotion adalah merujuk kepada aktiviti kreatif menyalurkan informasi menyeluruh tentang product jualan kita sama ada teknik online atau offline.

Dan kesemua elemen 4P di atas amat penting bagi proses marketing dalam sesuatu business sama ada online atau offline. Namun saya selalu tekankan soal teknik e-marketing (promosi online) kerana ia jauh lebih dahsyat. Tidak kira apa jua product, place maupun price jika ada promotion online yang betul mmg boleh generate duit dengan mudah dalam masa singkat. Saya dah lihat mentor saya Robert G. Allen generate more than $100,000USD dalam masa 24 jam jual infoproduct digital. Teknik e-marketing yang digunakan adalah email marketing. Sudah tentu ini cukup memeranjatkan.

Terdapat kombinasi dahsyat teknik e-marketing ini saya ada explain pakej yang jauh lebih mengagumkan yg tidak pernah ditawarkan oleh memana IM Malaysia. Ia mengandungi email marketing, facebook marketing, google marketing etc. Kini x perlu hire internet marketer luar negara utk boost up traffic & sales di web maupun blog anda. Ini kerana teknik e-marketing yang didedahkan itu sudah mampu mengegarkan dunia internet kita semua. Dalam masa yang singkat kita boleh kumpul leads dan buat duit mudah sekaligus. Paling menyeronokkan ia boleh diduplicate berulang kali bila-bila masa yang kita mahukan. Itulah kelebihan teknik e-marketing, ia tidak terikat dengan teknik marketing konvensional di media cetak akhbar, majalah dan sebagainya yang jauh lebih mahal harganya !

Note : tips2 dari rahsia E-biz

Thursday, November 25, 2010

Ramai rakan yang bertanya tentang cara untuk memulakan perniagaan

Secara ringkasnya, cara untuk memulakan perniagaan sebenarnya tidak susah, cuma ia menjadi agak rumit bila seseorang itu sudah biasa berada dalam keadaan complacent, dalam comfort zone, dan rasa tidak ada urgensi untuk memulakan perniagaan. Bila kita mahu memulakan perniagaan tanpa keazaman yang kuat, sekadar ikut-ikutan, ia menjadi lebih banyak alasan dari usaha.
Contoh2 dilema yang dihadapi oleh mereka yang ada keinginan untuk memulakan perniagaan:

1. Apa Yang Nak Dijual?

Biasanya ramai yang terlibat dalam dilema ini, iaitu tidak tahu apa yang hendak diniagakan. Kebanyakan orang menganggap berniaga perlu dengan menjual sesuatu. Untuk menjual sesuatu itu, perlu ada sesuatu. Di mana hendak dapatkan pembekal? Adakah orang nak beli? Dan masalah utama ialah tak tahu apa yang nak dijual.

2. Masalah Modal

Ramai yang nak berniaga tapi bermasalah dengan modal. Berapa modal yang diperlukan? Kena banyak ke sikit? Kena pakai duit simpanan sendiri ke? Dan sebagainya.

3. Masa

Nak buat apa-apa pekerjaan pun memerlukan masa. Kalau dah kerja 8-5 di waktu siang, tambah2 dengan duduk di KL, jem perjalanan lagi, malam penat, ada ke masa nak memulakan perniagaan? Sempat ke nak fokus antara keluarga, kerjaya dan bisnes?

4. Prospek Pelanggan

Siapa yang nak jadi pelanggan bila kita mula berniaga? Ada ke orang nak beli? Laku ke nanti?

5. Persaingan

Mampukah untuk berada sebaris di atas dari pesaing? Adakah mampu nak penetrate market yang sudah saturated? Perlukah cari perniagaan yang tiada pesaing?
OK itu antaranya lah. Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya. Ramai antara rakan saya yang mempunyai impian dan cita-cita memiliki sebuah perniagaan, punya idea yang bagus dan sebagainya. Tapi disebabkan perkara2 di atas, mereka cuma tinggal idea dan cakap saja.
Mungkinkah idea dan cakap2 itu akan menjadi kenyataan? Antara penyelesaiannya:

Harus kita sedar, perniagaan tidak tertakluk kepada menjual barang semata-mata. Berniaga ditakrif sebagai menjual barang ni memang sangat popular, termasuklah bila bercakap tentang perniagaan internet, contohnya yang dijalankan oleh Irfan Khairi, ramai yang bertanya, “Dr Irfan Khairi jual apa ya?”. Perniagaan itu banyak cabangnya, selain menjual barang. Kita boleh menjual perkhidmatan, kepakaran, website, ruang iklan dan sebagainya.

2. Modal

Bagi yang mula2 nak berjinak2 dalam perniagaan dan tidak mengikuti sebarang kursus, eloklah bermula dengan skala kecil. Tak perlu berangan menyewa sebuah kedai sebagai langkah pertama sekiranya masih banyak komitmen lain. Perniagaan yang paling mudah untuk dimulakan dalam skala kecil ialah perniagaan online atau perniagaan internet. Tiada kos sewa tempat, malah blog boleh dibina secara percuma di beberapa platform contohnya wordpress dan blogspot.

3. Masa

Masa itu ada bagi orang yang benar2 sibuk dan bagi orang yang ‘perasan sibuk’, memang asyik tiada masa. Masa itu sentiasa ada bagi yang bijak merancang masanya. Orang yang sentiasa terbawa-bawa dengan angan2, berehat2, bersenang2, memang akan selalu tiada masa. Jadi, rancanglah masa dengan sebaiknya, buat jadual haria, to-do list dan sebagainya. Pasti kita nampak ‘wah banyaknya masa yang aku ada’.

4. Prospek Pelanggan

Sebaiknya target pada pelanggan yang ada persamaan dengan kita dan kepakaran kita, untuk memudahkan urusan terutama dari segi komunikasi. Seorang ibu mungkin lebih mudah mendekati ibu-ibu dan wanita lain. Namun prospek ini mestilah kena dengan apa yang kita tawarkan kepada mereka. Kalau jual produk penyusuan tak bolehlah target anak dara.

5. Persaingan

Kadang-kadang pesaing adalah perlu supaya kita tidak complacent. Bila ada pesaing, kita akan berusaha lebih dan pesaing ni akan memainkan peranan sebagai tukang beri motivasi kepada kita. Kita akan jadi lebih kreatif dengan adanya persaingan. Jangan takut pada persaingan, kerana persaingan itu sihat.
Cara paling mudah untuk memulakan perniagaan berskala sangat kecil ialah dengan menjual barang-barang yang telah digunakan (preloved items) di blog, forum atau mana2 website. Ia bukan sahaja tanpa modal malah tidak perlu mengeluarkan satu sen pun dan sekiranya anda menggunakan perkhidmatan iklan seperti Google Adwords pun, kosnya boleh diserap (absorb) dengan membuat perancangan awal.

Mudah bukan?

Adakah anda rasa cara ini bagus untuk memulakan perniagaan?

Al-Quran motivasi terbaik

Bismillahirrahmanirrahim...



Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang. Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya, dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang melihat. Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya). [An-Nazi'at :ayat 34-41]


Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, yang memberatkan punggungmu, Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu,Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. [Al-Insyirah : ayat 1-7]

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Al-Ankabut : ayat 2]


kadang - kadang, kita duk sibuk cari buku motivasi terbaik, tapi kita lupa, kitab motivasi terbaik di dunia dan akhirat ni pun tak habis tadabbur lagi. Haih la diri~

Jom, jom tadabbur banyak - banyak. Biar dah lali dalam diri. Lagi - lagi kalau tengah down, baca lah quran ni, kalau rasa tak mampu, pasang ayat quran kat telinga, biar lali supaya kita tak lalai.

Percayalah, inilah penawar hati, jiwa, raga yang paling baik dan mujarab! ~_^
Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, [Al-Israa' : ayat 9]



nota kaki : Lagi semangatlah bawa kereta sambil dengar alunan ayat AQ sheikh mishary al-efasi. Suka!


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan utk merasai harumnya kasih Allah"

Friday, November 12, 2010

Saat menilai cinta






APAKAH progres perhubungan cinta anda tahun lalu?


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Ahli MBPJ disaman kerana fitnah menerusi Facebook

SHAH ALAM - Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.
Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya Faizul Mohd. Nasir di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.
Zalina, yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang “ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial milik Mahharul pada 28 September lepas dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 September lepas.
Beliau turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan. - Bernama

Thursday, November 11, 2010

UPSR: Pelajar di hospital, cacat penglihatan cemerlang




KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penghidap sakit kulit Nur Zaharatulnaim Hasbollah, yang terpaksa mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di hospital, dan pelajar cacat penglihatan, Celine Lean Yew Lin, dari Klang, adalah antara calon yang cemerlang mendapat 5A apabila keputusan peperiksaan itu diumumkan hari ini.
Nur Zaharatulnaim, 12, pelajar Sekolah Kebangsaan Jitra 3, Kedah, sungguhpun dalam keadaan menderita melawan penyakit itu telah menggagahkan diri menjawab soalan peperiksaan dengan tenang walaupun terpaksa melakukannya di atas katil di Hospital Jitra.
"Sekarang penyakit saya baik sedikit dari dulu tetapi saya tidak boleh berada di bawah terik matahari,” kata Nur Zaharatulnaim yang mahu menyambung pelajaran di sekolah berhampiran rumah kerana tidak mampu menguruskan diri jika penyakitnya kembali menyerang.
Bapanya, Hasbollah Md Isa, 42, berkata, Nur Zaharatulnaim mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dan tidak pernah menjadikan penyakit yang dideritainya sejak lahir itu sebagai alasan untuk tidak mengulang kaji pelajaran.
"Walaupun sering tidak ke sekolah kerana penyakitnya itu tetapi dia bersemangat untuk belajar. Cikgu-cikgu juga sentiasa membantu seperti mengirimkan soalan-soalan menerusi kawan-kawan untuk diberikan kepada anak saya untuk dibuat di rumah sepanjang dia sakit,” katanya. - Bernama

Tuesday, November 9, 2010

AirAsia tawar sejuta tempat duduk percuma kepada pelanggan

AIRASIA (AirAsia), syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, sekali lagi menawarkan 1 juta tempat duduk percuma bagi semua destinasi tempatan dan antarabangsa kepada pelanggan setianya.
Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, menerusi promosi bermula hari ini hingga 14 November, penumpang hanya perlu membayar cukai lapangan terbang membabitkan perjalanan antara 1 Julai hingga 10 November 2011.

Katanya, pelanggan boleh membuat tempahan secara eksklusif melalui laman web www.airasia.com untuk menikmati promosi itu.
“Tempat duduk percuma ini turut ditawarkan secara mudah alih menerusi mobile.airasia.com, aplikasi Blackberry AirAsia dan aplikasi AirAsia telefon Android, manakala aplikasi AirAsia untuk iPhone dikeluarkan tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, pelanggan juga boleh mendapat panduan tempat duduk percuma secara efektif menerusi ‘Free Seats 101’.

“Panduan ini boleh didapati menerusi laman Facebook AirAsia (facebook.com/AirAsia),” katanya.

Tuesday, November 2, 2010

Banjir di utara bertambah buruk






SEBUAH taman di Jalan Tan Sri Osman Aroff, Jitra, Kedah ditenggelami air sedalam 4 hingga 5 kaki, semalam.





KUALA LUMPUR 2 Nov. - Banjir yang melanda Perlis dan Kedah sejak semalam bertambah buruk hari ini apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semakin meningkat.

Beberapa laluan masih ditutup dengan paras air sungai di kedua-dua negeri terbabit melepasi paras bahaya.

Begitu juga di KELANTAN, hujan selama dua hari berturut-turut khususnya di daerah Kota Bharu, Rantau Panjang dan Tumpat menyebabkan negeri itu mula dilanda banjir.

Di KEDAH, lebih 15,432 penduduk daripada 4,251 keluarga di empat daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pokok Sena dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir sehingga petang ini.


Angka itu meningkat daripada 2,000 penduduk yang dipindahkan semalam berikutan hujan berterusan sejak kelmarin hingga tengah malam tadi.

Kubang Pasu merupakan daerah paling teruk dilanda banjir melibatkan 10,834 penduduk daripada 3,108 keluarga diikuti Padang Terap (3,821 mangsa) dan Kota Setar (709 mangsa) manakala Pokok Sena (68 mangsa).

Penduduk dipindahkan ke 31 buah pusat pemindahan banjir di daerah Kubang Pasu, 37 buah di Padang Terap, tiga buah di Kota Setar serta lapan buah di Pokok Sena.

Beberapa jalan dan laluan utama termasuk di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ditutup kerana ditenggelami air termasuk di Jitra, Changlun dan laluan lebuh raya PLUS menghala ke Bukit Kayu Hitam dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok.

Sembilan jalan di Padang Terap juga ditutup kerana ditenggelami air iaitu Jalan Kuala Nerang-Padang Sanai, Jalan Kampung Tanjung-Pokka, Jalan Tualak, Jalan Barokhas-Kuala Nerang, Jalan Semeliang, Jalan Kampung Rambutan, Jalan Kampung Tengah-Kubu, Jalan Kuala Pai dan Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena.

Sementara itu, tiga penerbangan yang dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas di sini pada petang dan malam ini, dibatalkan ekoran lapangan terbang itu terpaksa ditutup akibat air naik sehingga ke landasan.

Ketua Unit Operasi LTSAH, Abdul Rashid Md. Yusob berkata, air naik ke landasan itu akibat limpahan banjir dari kawasan berhampiran.

"Ketiga-tiga penerbangan itu melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, AirAsia ke Kuala Lumpur dan FireFly ke Subang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, empat penerbangan yang dijadual akan berlepas pagi esok turut dibatalkan manakala penerbangan sebelah petang bergantung pada keadaan.


Jadual pagi esok melibatkan dua penerbangan iaitu pesawat MAS ke Kuala Lumpur, satu pesawat AirAsia ke Kuala Lumpur dan satu pesawat FireFly ke Subang.

Di PERLIS, bandar Kangar paras banjir terus meningkat walaupun hujan yang bermula Sabtu lalu sudah berhenti awal pagi ini dan cuaca semakin panas.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penduduk di daerah itu terutama di bandar Kangar bertungkus-lumus memindahkan kenderaan dan perkakas rumah masing-masing ke tempat selamat.

Ramai penduduk di bandar itu yang menjangkakan air semakin surut berikutan cuaca baik menjadi kelam-kabut apabila air naik secara mendadak terutama di kawasan-kawasan yang awalnya tidak mengalami banjir seperti di Taman Kemajuan, Taman Firdaus, Taman Hijrah dan Taman Bukit Kaya.

Beberapa jalan utama ke bandar itu turut ditutup seperti Jalan Bukit Lagi, Jalan Jubli Perak, Jalan Jubli Emas dan Jalan Raja Syed Saffi. Difahamkan banjir di daerah Padang Besar dan Arau semakin surut, namun air banjir dari daerah itu kini 'beralih' ke bandar Kangar.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Abdullah Ali berkata, sehingga pukul 5 petang ini seramai 4,536 penduduk seluruh negeri telah dipindahkan ke 35 pusat pemindahan.


Menurut beliau, pusat pemindahan banjir terbaru dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ali Ahmad yang menempatkan 100 keluarga dan Surau Tebing Tinggi menempatkan 450 keluarga.

Di KELANTAN, hujan lebat sejak Sabtu lalu menyebabkan air Sungai Golok mula melimpah dan menenggelamkan beberapa kawasan rendah sejak malam tadi menyebabkan seramai 297 penduduk yang tinggal di sekitar Rantau Panjang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas berkata, seramai 289 orang daripada 90 keluarga di Kampung Kedai Lama dan Kampung Kubang Kuadi tempatkan di stesen kereta api lama manakala bakinya seramai lapan orang daripada dua keluarga dipindahkan ke Madrasah Kubang Kua.

''Paras air Sungai Golok pada pukul 4 petang ini adalah 10.82 meter melebihi paras bahaya iaitu 9 meter dan beberapa jalan seperti Jalan Lubok Stol, Jalan Lalang Pepuyu dan Jeram Perdah terpaksa ditutup untuk kenderaan ringan,'' katanya.

Di TERENGGANU pula, seramai sembilan mangsa daripada lima keluarga yang terdedah ancaman ombak besar yang boleh menyebabkan 'banjir air laut' di kawasan Kampung Pantai, Kuala Besut ditempatkan di pusat pemindahan bermula petang semalam.

Kesemua mereka merupakan mangsa pertama yang dipindahkan sejak musim tengkujuh mula melanda negeri itu beberapa hari lalu sehingga menyebabkan ombak kuat serta tinggi di beberapa buah pantai.


Menurut jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negeri (MKN), kesemua mereka ditempatkan di Balai Raya Kampung Pantai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...