Thursday, November 11, 2010

UPSR: Pelajar di hospital, cacat penglihatan cemerlang




KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penghidap sakit kulit Nur Zaharatulnaim Hasbollah, yang terpaksa mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di hospital, dan pelajar cacat penglihatan, Celine Lean Yew Lin, dari Klang, adalah antara calon yang cemerlang mendapat 5A apabila keputusan peperiksaan itu diumumkan hari ini.
Nur Zaharatulnaim, 12, pelajar Sekolah Kebangsaan Jitra 3, Kedah, sungguhpun dalam keadaan menderita melawan penyakit itu telah menggagahkan diri menjawab soalan peperiksaan dengan tenang walaupun terpaksa melakukannya di atas katil di Hospital Jitra.
"Sekarang penyakit saya baik sedikit dari dulu tetapi saya tidak boleh berada di bawah terik matahari,” kata Nur Zaharatulnaim yang mahu menyambung pelajaran di sekolah berhampiran rumah kerana tidak mampu menguruskan diri jika penyakitnya kembali menyerang.
Bapanya, Hasbollah Md Isa, 42, berkata, Nur Zaharatulnaim mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dan tidak pernah menjadikan penyakit yang dideritainya sejak lahir itu sebagai alasan untuk tidak mengulang kaji pelajaran.
"Walaupun sering tidak ke sekolah kerana penyakitnya itu tetapi dia bersemangat untuk belajar. Cikgu-cikgu juga sentiasa membantu seperti mengirimkan soalan-soalan menerusi kawan-kawan untuk diberikan kepada anak saya untuk dibuat di rumah sepanjang dia sakit,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...